Wednesday 25 July 2012

Remaja serah diri

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang diburu polis selepas menikam bekas kekasihnya tampil menyerah diri di Balai Polis Sentul, di sini, semalam.
Pelajar lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong sayur itu dilaporkan bertindak menikam bekas kekasihnya itu sebanyak tiga kali di perut dan pinggang selepas tidak dapat menerima pelajar perempuan berkenaan meninggalkannya dan bercinta dengan orang lain yang juga rakan sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek akan direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu di pangsapuri di Taman Datuk Senu, di sini, Jumaat lalu, mangsa yang ditemani kekasih barunya bertemu dengan suspek di lokasi kejadian.

“Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bertengkar dengan suspek kerana remaja itu tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan berkenaan.

Remaja didakwa bunuh lelaki

PETALING JAYA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki berusia 23 tahun, tahun lalu.
Tertuduh, seorang remaja berusia 17 tahun (ketika kejadian) hanya menganggukkan kepala tanda faham terhadap tuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas dengan niat membunuh A Murugaiyah di lampu isyarat Batu 16, Sungai Pelong, dekat sini, antara jam 3 pagi dan 5 pagi, 12 Disember 2011.

Dia yang ditahan semalam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Remaja itu berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

Tuesday 24 July 2012

Polis Perak Mahu Tubuh Semula Kelab Pencegah Jenayah Sekolah Rendah

IPOH, 12 Julai (Bernama) -- Polis Perak bercadang mengaktifkan semula "Kelab Pencegah Jenayah" di peringkat sekolah rendah dalam usaha mencegah pembabitan pelajar dalam jenayah, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Zulkifli Abdullah hari ini.

Beliau berkatakelab berkenaan dapat memainkan peranan memberi penerangan dari peringkat sekolah rendah lagi mengenai gejala negatif jenayah.

Katanya kelab seperti itu pernah diwujudkan sebelum ini tetapi kurang mendapat sembutan.

Bercakap kepada pemberita selepas dialog dengan Dewan Perniagaan Cina dan Perindustrian Perak (DPCPP) di sini, Zulkifli berharap DPCCP dapat membantu mewujudkan kelab berkenaan di sekolah-sekolah rendah Cina.

Menurutnya, walaupun ada persatuan kadet polis di sekolah tetapi ia hanya dianggotai segelintir pelajar manakala kelab boleh disertai oleh semua pelajar.

-- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...