Monday, 13 August 2012
Wednesday, 25 July 2012
Remaja serah diri
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang diburu
polis selepas menikam bekas kekasihnya tampil menyerah diri di Balai
Polis Sentul, di sini, semalam.
Pelajar lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong sayur itu
dilaporkan bertindak menikam bekas kekasihnya itu sebanyak tiga kali di
perut dan pinggang selepas tidak dapat menerima pelajar perempuan
berkenaan meninggalkannya dan bercinta dengan orang lain yang juga rakan
sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek akan direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu di pangsapuri
di Taman Datuk Senu, di sini, Jumaat lalu, mangsa yang ditemani kekasih
barunya bertemu dengan suspek di lokasi kejadian.
“Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bertengkar dengan suspek kerana remaja itu tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan berkenaan.
Remaja didakwa bunuh lelaki
PETALING JAYA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret,
di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki berusia 23 tahun,
tahun lalu.
Tertuduh, seorang remaja berusia 17 tahun (ketika kejadian) hanya
menganggukkan kepala tanda faham terhadap tuduhan dibacakan dalam Bahasa
Tamil di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa bersama seorang
lagi yang masih bebas dengan niat membunuh A Murugaiyah di lampu isyarat
Batu 16, Sungai Pelong, dekat sini, antara jam 3 pagi dan 5 pagi, 12
Disember 2011.
Dia yang ditahan semalam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Remaja itu berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Sumber: Harian Metro
Tuesday, 24 July 2012
Polis Perak Mahu Tubuh Semula Kelab Pencegah Jenayah Sekolah Rendah
IPOH, 12 Julai (Bernama)
-- Polis Perak bercadang mengaktifkan semula "Kelab Pencegah Jenayah"
di peringkat sekolah rendah dalam usaha mencegah pembabitan pelajar
dalam jenayah, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Zulkifli Abdullah hari
ini.
Beliau berkatakelab berkenaan dapat memainkan peranan memberi
penerangan dari peringkat sekolah rendah lagi mengenai gejala negatif
jenayah.
Katanya kelab seperti itu pernah diwujudkan sebelum ini tetapi kurang mendapat sembutan.
Bercakap kepada pemberita selepas dialog dengan Dewan Perniagaan Cina
dan Perindustrian Perak (DPCPP) di sini, Zulkifli berharap DPCCP dapat
membantu mewujudkan kelab berkenaan di sekolah-sekolah rendah Cina.
Menurutnya, walaupun ada persatuan kadet polis di sekolah tetapi ia
hanya dianggotai segelintir pelajar manakala kelab boleh disertai oleh
semua pelajar.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)