KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang diburu
polis selepas menikam bekas kekasihnya tampil menyerah diri di Balai
Polis Sentul, di sini, semalam.
Pelajar lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong sayur itu
dilaporkan bertindak menikam bekas kekasihnya itu sebanyak tiga kali di
perut dan pinggang selepas tidak dapat menerima pelajar perempuan
berkenaan meninggalkannya dan bercinta dengan orang lain yang juga rakan
sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek akan direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu di pangsapuri
di Taman Datuk Senu, di sini, Jumaat lalu, mangsa yang ditemani kekasih
barunya bertemu dengan suspek di lokasi kejadian.
“Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bertengkar dengan suspek kerana remaja itu tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan berkenaan.